Monday, October 20, 2008

tugasan spss

pada kali ini saya akan terangkan mengenai penggunaan spss..tujuan spss adalah untuk memasukkan segala data daripada kaji selidik yang telah dibuat..
mula-mulanya, masuk ke spss yang terdapat dalam komputer..disebelah bawah terdapat 2 bahagian iaitu data view dan variable view..klik pada variable view dan isikan butiran-butiran yang diperlukan seperti nama, umur dan program..diikuti dengan soalan-soalan kaji selidik yang telah dibuat...
kemudian masuk ke data view dan tuliskan butiran-butiran mereka yang terlibat dengan kaji selidik berkenaan..masukkan juga pendapat mereka daripada soalan yang dikemukakan...
selepas siap, kita perlu buat laporan berkenaan kaji selidik tersebut..untuk membuat laporan, klik analyze dan pilih descriptive statistic dan frequencies...
masukkan semua data-data ke dalam variable(s) dan pilih chart untuk sertakan carta pai di dalam laporan tersebut..then klik OK...
untuk nampak kemas dan teratur, laporan tersebut perlu dipindahkan ke microsoft word dengan susunan yang teratur...dalam laporan tersebut, anda perlu membuat sedikit penerangan mengenai kajian yang telah anda buat.tujuannya untuk memberitahu dengan lebih terperinci terhadap kajian tersebut. sebagai contoh, terdapat seramai 14 orang perempuan dan 7 orang lelaki yang terlibat dalam kaji selidik ini.
selepas siap, kami dikehendaki upload semua tugasan yang telah kami lakukan ke dalam yahoo group..
DAH SIAP!!SELAMAT MENCUBA!!!!!

microsoft access

tahukah anda bagaimana untuk menggunakan microsoft access???mari saya tunjukkan...
mula-mula masuk ke microsoft office access..tekan blank database dan pilih create folder..save kan ia sama ada dalam pendrive ataupun komputer..then klik create untuk memulakannya..
pilih create dan klik table untuk keluarkan table baru..taipkan semua butiran yang diperlukan.dan save kan ia sebagai peribadi, kokurikulum dan kurikulum..
selepas itu, pilih database tools dan klik relationship untuk menghubungkan ketiga-tiga butiran.pilih id dan tarik ia ke 2 bahagian yang lain..
untuk mengisi butiran pelajar dalam borang pelajar, klik create dan pilih more form..kemudian ikut saja arahan yang diberikan dan save ia dengan nama borang pelajar...
apabila telah terdapat borang pelajar, segala butiran mengenai pelajar akan ditulis dan dicatat di bahagian ini..sebagai contoh, tuliskan nama pelajar, alamat semasa, alamat tetap, nama bapa, pekerjaan bapa, gaji bapa, nama ibu, pekerjaan ibu, gajai ibu dan juga nombor telefon...
selepas itu, kami dikehendaki membuat pertanyaan daripada butiran yang telah dicatatkan tadi..untuk membuat pertanyaan, klik create dan pilih query wizard..buat sekurang-kurangnya 3 pertanyaan melalui perkara yang disebutkan tadi..sebagai contohnya, berapa ramai pendapatan bapa kurang daripada RM2500, berapa ramai ahli rumah merah dan berapa ramai mendapat markah matematik atas 90..
kemudian daripada pertanyaan tadi perlu membuat laporan. klik create dan pilih report wizard..
selepas selesai ketiga-tiga report, so siaplah laporan yang dibuat..kemudian kami dikehendaki upload ke yahoo group...
so dah siap..begitu mudah....SELAMAT MENCUBA!!!!!

Friday, October 17, 2008

EXCEL

tahukah anda apakah kegunaan terpenting dalam excel??
excel amat berguna khususnya kepada para guru untuk merekodkan markah pelajar-pelajar..kami diminta untuk membuat perkara demikian oleh Puan Sakinah sebagai salah satu tugasan kami dalam subjek komputer dalam pendidikan..
mari saya terangkan bagaiman untuk merekod dengan menggunakan excel..
mula-mula, masuk ke microsoft excel yang tersimpan didalam microsoft office.isikan data yang diperlukan seperti bilangan, nama, mata pelajaran, markah dan ruangan kosong untuk mengisi gred pelajar..
dibahagian tepi jadual tersebut, buat satu lagi jadual yang menunjukkan tahap gred pelajar.sebagai conto 0=E,40=D dan seterusnya.kami juga membuat 101=ERROR supaya dapat mengetahui bahawa markah hanya sekadar 100...
untuk meletakkan gred,klik keseluruha pada jadual yang ada disebelah tadi kemudian klik formulas dan dan klik pada define name.taip gred pada ruangan pertama dan pilih sheet 1 pada ruangan kedua.kemudian klik insert function (fx) disebelah paling kanan dalam formula itu.then pilih vlookup dan akan ada 4 kotak kosong untuk diisi.kotak pertama iaitu lookup_value, klik pada kotak markah pada jadual yang telah dibuat.untuk kotak kedua iaitu table_array,klik jadual gred yang telah dibuat.untuk cool_index_min, taipkan no 2 dan kotak terakhir range lokup klikkan true.klik ok.. setelah setting formula dibahagian petak pertama, skrol kursor kebawah dan secara automatik ia akan berfungsi dan kita dapat gred dengan mudah..

untuk membuat purata gred, kita perlu membuat petak dan isi maklumat yang dikehendaki untuk mencari purata bilangan gred A hingga E.setelah selesai membuat jadual, kita perlu mencari bilangan pelajar yang mendapat A hingga E..sebagai contoh bagi bahasa melayu, klik sahaja pada petak kosong disebelah gred A,kemudian klik formula dan klik fx dan pilih countif.bagi ruangan range, klikkan semua gred pelajar dan ruangan criteria klik A dan ok.skrol kursor ke bawah untuk secara automatik..

seterusnya membuat analisis iaitu dengan membuat carta pai atau pun graf.bold kan subjek yang dikehendaki dan masuk insert dan pilih mana-mana graf atau carta pai yang disukai...

mudah je kan....so ape lagi..SELAMAT MENCUBA!!!!!

POWERPOINT

dalam subjek komputer dalam pendidikan, kami telah disuruh untuk membuat powerpoint..kami disuruh untuk membuat 3 slide master..tahukah macamana nak buat slide master.kali ini saya akan tunjukkan bagaimana untuk menggunakan microsoft office powerpoint ini.
mula-mula masuk ke microsoft powerpoint,klik view dan pilih pada master slide.kami dikehendaki memilih 3 master slide yang berlainan.lengkapkan maklumat seperti memasukkan gambar dan sebagainya dalam master slide tersebut. selepas memasukkan semua perkara yang diingini dalam slide master tersebut, klik close master view dan klik new slide untuk menggunakan slide master yang baru.
setelah keluar slide yang baru, bolehlah untuk mengisi butiran-butiran yang hendak dibentangkan. pastikan setiap slide tidak mempunyai dalam bentuk esei atau ayat yang panjang. pastikan hanya point sahaja yang diletakkan supaya tidak menyusahkan audience semasa pembentangan.
didalam membuat powerpoint tersebut, kami dikehendaki
membuat hyperlink.untuk membuat hyperlink, anda perlu copy slide yang mahu dibuat pautan agar dijadikan hyperlink. selepas itu, anda perlu bold kan perkataan yang hendak di hyperlink. kemudian klik insert dan pilih hyperlink. anda perlu pilih place in this document untuk menjadi pautan kepada slide anda itu tadi.
sebagai contoh, anda menjadikan gambar untuk dijadikan pautan terhadap tulisan tersebut.boldkan tulisan tersebut dan klik insert, pilih hyperlink. klik place in this document dan pilih slide yang ingin dijadikan pautan itu tadi.klik ok..
selepas itu, slide yang dijadikan pautan tersebut perlu dibuat hide slide supaya tidak keluar semasa pembentangan. kemudian untuk melancarkan perjalanan slide, anda perlu isytihar slide yang akan dibentangkan. untuk itu, anda perlu membuat set up slideshow. klik slide show dibahagian atas dan pilih set up slideshow. masukkan bilangan slide yang akan dibentangkan. sebagai contoh, tulis 1-8 pada ruangan yang disediakan.kemudian klik ok..pembentangan anda akan jadi lancar dan cantik dengan adanya pautan.
selepas itu, slide tersebut bolehlah dibentangkan dalam keadaan lancar.
mudah sahaja kan..tunggu apa lagi, cubalah......
SELAMAT MENCUBA!!!! GOOD LUCK!!!!
so mudahkan powerpoint ni..tunggu apa lagi,try lahhh....
SELAMAT MENCUBA!!!!!!

Thursday, September 18, 2008

buku program

selepas buat brochure, kami dikehendaki untuk membuat buku program atau nama lainnya bookfold..
sama macam brochure, masuk ke microsoft word dan ubah kedudukan kertas dari potrait ke landscape..then pilih 2 column pada page layout..kami dikehendaki membuat 8 muka surat iaitu 4 helai..masukkan ape2 sahaja yang dikehendaki...tapi kena ingat kedudukan susunan muka surat..selepas siap, kami sekali lagi dikehendaki menghantar tugasan buku program itu ke yahoo! group untuk dinilai oleh Puan Sakinah,pansyarah kami...
so, sesiapa yang nak mencuba buat bookfold,ikut je arahan ni...
SELAMAT MENCUBA!!!!

tugasan word

tugasan kami yang pertama ialah buat brochure dengan menggunakan microsoft word..
tau buat???biar saya terangkan....
mula2 masuk ke microsoft word. then tukarkan kertas daripada potrait kepada landscape dengan masuk ke page layout dan klik pada margin dan custom margin untuk tukarkannya..
kemudian buat column dan pilih 3 column untuk membuat brochure..
isi lah apa2 yang dikehendaki dalam brochure tersebut..
selepas siap, save kan dan kami dikehendaki hantar ke yahoo! group untuk dilihat dan dinilai oleh Puan Sakinah..so,bagi siapa2 yang nak mencuba, SELAMAT MENCUBA!!

blog...

dah ada blog sendiri???kalau belum buatlah...senang je..
mula2 masuk google..then,klik pada more dan klik pada even more...
kemudian klik sign up untuk daftar...masukkan maklumat yang diperlukan seperti yang dikehendaki..lepas tu siap lah blog..boleh lah masukkan atu ceritakan apa2 saje yang dikehendaki...ok, selamat mencuba.....