Friday, October 17, 2008

POWERPOINT

dalam subjek komputer dalam pendidikan, kami telah disuruh untuk membuat powerpoint..kami disuruh untuk membuat 3 slide master..tahukah macamana nak buat slide master.kali ini saya akan tunjukkan bagaimana untuk menggunakan microsoft office powerpoint ini.
mula-mula masuk ke microsoft powerpoint,klik view dan pilih pada master slide.kami dikehendaki memilih 3 master slide yang berlainan.lengkapkan maklumat seperti memasukkan gambar dan sebagainya dalam master slide tersebut. selepas memasukkan semua perkara yang diingini dalam slide master tersebut, klik close master view dan klik new slide untuk menggunakan slide master yang baru.
setelah keluar slide yang baru, bolehlah untuk mengisi butiran-butiran yang hendak dibentangkan. pastikan setiap slide tidak mempunyai dalam bentuk esei atau ayat yang panjang. pastikan hanya point sahaja yang diletakkan supaya tidak menyusahkan audience semasa pembentangan.
didalam membuat powerpoint tersebut, kami dikehendaki
membuat hyperlink.untuk membuat hyperlink, anda perlu copy slide yang mahu dibuat pautan agar dijadikan hyperlink. selepas itu, anda perlu bold kan perkataan yang hendak di hyperlink. kemudian klik insert dan pilih hyperlink. anda perlu pilih place in this document untuk menjadi pautan kepada slide anda itu tadi.
sebagai contoh, anda menjadikan gambar untuk dijadikan pautan terhadap tulisan tersebut.boldkan tulisan tersebut dan klik insert, pilih hyperlink. klik place in this document dan pilih slide yang ingin dijadikan pautan itu tadi.klik ok..
selepas itu, slide yang dijadikan pautan tersebut perlu dibuat hide slide supaya tidak keluar semasa pembentangan. kemudian untuk melancarkan perjalanan slide, anda perlu isytihar slide yang akan dibentangkan. untuk itu, anda perlu membuat set up slideshow. klik slide show dibahagian atas dan pilih set up slideshow. masukkan bilangan slide yang akan dibentangkan. sebagai contoh, tulis 1-8 pada ruangan yang disediakan.kemudian klik ok..pembentangan anda akan jadi lancar dan cantik dengan adanya pautan.
selepas itu, slide tersebut bolehlah dibentangkan dalam keadaan lancar.
mudah sahaja kan..tunggu apa lagi, cubalah......
SELAMAT MENCUBA!!!! GOOD LUCK!!!!
so mudahkan powerpoint ni..tunggu apa lagi,try lahhh....
SELAMAT MENCUBA!!!!!!

No comments: