Monday, October 20, 2008

tugasan spss

pada kali ini saya akan terangkan mengenai penggunaan spss..tujuan spss adalah untuk memasukkan segala data daripada kaji selidik yang telah dibuat..
mula-mulanya, masuk ke spss yang terdapat dalam komputer..disebelah bawah terdapat 2 bahagian iaitu data view dan variable view..klik pada variable view dan isikan butiran-butiran yang diperlukan seperti nama, umur dan program..diikuti dengan soalan-soalan kaji selidik yang telah dibuat...
kemudian masuk ke data view dan tuliskan butiran-butiran mereka yang terlibat dengan kaji selidik berkenaan..masukkan juga pendapat mereka daripada soalan yang dikemukakan...
selepas siap, kita perlu buat laporan berkenaan kaji selidik tersebut..untuk membuat laporan, klik analyze dan pilih descriptive statistic dan frequencies...
masukkan semua data-data ke dalam variable(s) dan pilih chart untuk sertakan carta pai di dalam laporan tersebut..then klik OK...
untuk nampak kemas dan teratur, laporan tersebut perlu dipindahkan ke microsoft word dengan susunan yang teratur...dalam laporan tersebut, anda perlu membuat sedikit penerangan mengenai kajian yang telah anda buat.tujuannya untuk memberitahu dengan lebih terperinci terhadap kajian tersebut. sebagai contoh, terdapat seramai 14 orang perempuan dan 7 orang lelaki yang terlibat dalam kaji selidik ini.
selepas siap, kami dikehendaki upload semua tugasan yang telah kami lakukan ke dalam yahoo group..
DAH SIAP!!SELAMAT MENCUBA!!!!!

No comments: