Friday, October 17, 2008

EXCEL

tahukah anda apakah kegunaan terpenting dalam excel??
excel amat berguna khususnya kepada para guru untuk merekodkan markah pelajar-pelajar..kami diminta untuk membuat perkara demikian oleh Puan Sakinah sebagai salah satu tugasan kami dalam subjek komputer dalam pendidikan..
mari saya terangkan bagaiman untuk merekod dengan menggunakan excel..
mula-mula, masuk ke microsoft excel yang tersimpan didalam microsoft office.isikan data yang diperlukan seperti bilangan, nama, mata pelajaran, markah dan ruangan kosong untuk mengisi gred pelajar..
dibahagian tepi jadual tersebut, buat satu lagi jadual yang menunjukkan tahap gred pelajar.sebagai conto 0=E,40=D dan seterusnya.kami juga membuat 101=ERROR supaya dapat mengetahui bahawa markah hanya sekadar 100...
untuk meletakkan gred,klik keseluruha pada jadual yang ada disebelah tadi kemudian klik formulas dan dan klik pada define name.taip gred pada ruangan pertama dan pilih sheet 1 pada ruangan kedua.kemudian klik insert function (fx) disebelah paling kanan dalam formula itu.then pilih vlookup dan akan ada 4 kotak kosong untuk diisi.kotak pertama iaitu lookup_value, klik pada kotak markah pada jadual yang telah dibuat.untuk kotak kedua iaitu table_array,klik jadual gred yang telah dibuat.untuk cool_index_min, taipkan no 2 dan kotak terakhir range lokup klikkan true.klik ok.. setelah setting formula dibahagian petak pertama, skrol kursor kebawah dan secara automatik ia akan berfungsi dan kita dapat gred dengan mudah..

untuk membuat purata gred, kita perlu membuat petak dan isi maklumat yang dikehendaki untuk mencari purata bilangan gred A hingga E.setelah selesai membuat jadual, kita perlu mencari bilangan pelajar yang mendapat A hingga E..sebagai contoh bagi bahasa melayu, klik sahaja pada petak kosong disebelah gred A,kemudian klik formula dan klik fx dan pilih countif.bagi ruangan range, klikkan semua gred pelajar dan ruangan criteria klik A dan ok.skrol kursor ke bawah untuk secara automatik..

seterusnya membuat analisis iaitu dengan membuat carta pai atau pun graf.bold kan subjek yang dikehendaki dan masuk insert dan pilih mana-mana graf atau carta pai yang disukai...

mudah je kan....so ape lagi..SELAMAT MENCUBA!!!!!

1 comment:

Fiqr said...

penerangan yang diberikan memuaskan hati saya..
tetapi mengapa bahasa melayu dirojakkan dengan bahasa inggeris..
contoh..so ape lagi.. selamat cuba..